Wednesday, 23 May 2012

boboiboy dan ben10 kat taska ^^


haaa. mesti ada orang tertanya tanya budak mana ni? tiba tiba ada je dalam blog saya ni. ntah budak mana ntah. saya pun tak kenal. haha. gurau je sayang. dia anak saya. haha. mengarut ja. haha. mata dia cantik kan? haha. nama budak ni Ahmad Danish. dia lah superhero saya kat taska. saya sangat bahagia kerja kat taska. maybe sebab ada budak ni. hehe. first time tengok dia perasaan ni biasa ja. tapi lama lama tengok budak kecik ni. tiba tiba jatuh sayang kat dia. korang nak tau? dia pernah jadi model DP facebook saya tau. hehe. mata dia sangat cantik. mulut dia. mak aihh petah bercakap. dia sangat sangat manja dengan saya. lupa nak bagitau, saya kerja kat taska balik. dia still ingat saya. sekarang saya nak dia kenal nama saya. kalau dulu, dia just panggil kakak. sekarang saya suruh dia panggil Kak Huda. saya nak dia ingat saya sampai bila bila. tapi dia still budak ntah dia ingat ntah tidak. hehe. dia manja dengan saya. tadi kami main sama sama. dia tidur atas riba saya. dia main main tudung saya. saya geletek kaki dia. semua tu buat kami makin rapat. tapi tadi saya usik dia, saya cakap saya nak bawak adik dia, Darwisy balik rumah saya, muka dia punya la ketaq. ketaq sebab takut saya betul betul nak buat balik adik dia. pastu dia cakap, dia nak bg Pak Long dia kat saya. Dia nak Pak Long dia beli pistol then tembak saya. Haha. Maybe Pak Long dia polis kot. hehe. tapi dia cakap jugak yang Pak Long dia single. gatai budak kecik ni. korang nak tau tak? bila dia tengok kapal terbang, dia mesti panggil Pak Nik, maybe Pak Nik dia pilot or pramugara. hehe. lucu la budak kecik tu. masa dia nak balik tadi, dia bawak beg dia and adik adik dia. saya cakap la tak nak salam kakak ke? dia pun pergi kat abah dia, pastu dia patah balik. terharu sangat. dia salam. cium tangan saya. saya ingat dia dah nak pergi. nak tau dia cakap apa? pas dia salam, dia cakap kakak nak cium. alahai. so sweet budak ni. saya pun bg pipi saya kat dia. dia cium pipi saya. manja kan budak ni. walaupun saya buat dia marah, tapi still nak cium saya. yang tak percaya, dia yang mintak cium bukan saya yang mintak. biasa budak budak lain, kita mintak baru dia cium. ni la special sal boboiboy ni. hehe. dia comel sangat. dia dengar cakap saya. Kak Da, tauke taska sendiri cakap Danish manja dengan saya. tapi sumpah saya tak berani manjakan sangat takut dia naik kepala. biasa la budak budak. manja manja pun ada batas. kalau dia ada buat salah, saya still marah dia macam budak lain. tapi Alhamdulillah perangai dia tak nakal macam budak budak lain. cuma manja sikit dengan saya. Kalau orang tanya saya nak anak yang mcm mana, saya akan jawab macam Danish tapi budak ni malas betul belajar. tapi kena pujuk elok elok. pandai tapi malas. saya akan buat dia jadi rajin. ini je citer sal boboiboy aka ben10 saya.
#Kak Huda sayang Danish sangat sangat. be a good boy ya anakku :D

No comments:

Post a Comment