Friday, 10 August 2012

raya raya raya !

salam semua.. lama kan tak update blog.asyik ayat sama je kan ayat saya ni. hee.. maaf ye. dah tu memang lama sangat tak update blog. sambil sambil tunggu si emma ni mandi, apa kata saya update blog dulu kan? apa cita yg saya nak story hari ni? ce teka. hee. mesti la sama dengan title kat atas tu.seminggu lagi nak raya kan? sekejap je rasa puasa. pejam celik pejam celik, dah nak abes ramadhan. agak agak sempat ke nak sambut ramadhan lagi tahun depan? umm.. insyaAllah kalau Allah panjangkan umur kan. sempena 10 ramadhan terakhir ni, perbanyakkan ibadat. InsyaAllah. ada banyak cite ni. tak sabar sabar nak beraya kat rumah.. hari tu dah balik besut. seharian kitorang spend time beli baju raya. hee. bukan dengan sape sape tapi dengan my beloved famili laa. hee. umi pilih baju untuk aku. aku puas aty dapat beli baju raya dengan umi sebab soal harga umi tak kisah. kalau beli sendiri, konpem aku kena berjimat. sayang umi! raya ni nak raya sakan. Puan Margeret bagitau balik raya jgn bawak buku, dia berani kerat jari kalau kitorang study. tapi untuk menyedapkan hati bawak la satu dua buku yg rasa cam susah nak faham. at least bila takde benda nak buat baca la kan? sayang mama aku tuh. hehe. dia high expectation kat aku bila dengar cara aku bercakap. tapi yang aku perasan bukan Puan Margeret ja. Dr Salwa pun macam tu jugak. Puan Nurfarhana pulak tak habis habis puji saya dalam TPO padahal markah saya biasa biasa je. Dia kata dia yakin saya boleh buat. terima kasih puan sebab percayakan saya. saya akan buat terbaik. hihi. kan dah jadi citer lain. raya raya raya ! balik kampung ooo balik kampung. hati girang. yeay ! selamat hari raya semua :D

Sunday, 22 July 2012

rindu blog ^^


selamat kembali~ hehe. lama kan saya tak update blog. ada rindu sama saya tak?hee.. ngade kan?walaupun dah agat terlambat tapi saya rasa takde la lambat sangat nak wish selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan kali ini penuh barakah. saya harap semua orang dapat berpuasa penuh dan no ponteng ponteng. hari ini apa ek saya nak update? actually saya tak tau nak update pasal apa tapi saya memang rindu kan blog ni. saya update pasal kehidupan saya at KLPM la yer. dah hampir sebulan saya duk kat KLPM ni. suka duka pun dah ada. haha. banyak kali dah nangis duk kat sini. haha.. tak nak stay sini konon. amek kau. at last tercampak jugak aku kat sini kan. haha. minggu last orientasi baru jumpa kawan baru. nama dia nusaibah,fadzlyana,syakira. kita org dah jadi geng sekarang. tapi kan nusaibah dah nak berhenti. dia nak pergi unisza. alahai. mesti rasa kehilangan sangat2. hidup kami saling bergantung. salah sorang takde konpem rasa cam ada hilang something. aku dah suka duk kat sini walaupun kadang kadang nangis jugak. tapi nasib aku dapat tawaran pergi unimas so aku stay je kat penang,bumi penuh dengan bangunan tinggi tinggi. penang ni lawa bila malam tau. korang jangan jelez. tapi kan kat KL lagi lawa kot :P kat besut not bad sebab aku suka suasana kat besut the most! aku rasa laa.. setakat ni je kot. nanti aku rajin aku update lagi yer, nak tengok video infinite pulak :P babai semua.

Thursday, 21 June 2012

only tears.


hai semua. lama dah tak update blog kan? apa kata hari ni saya nak kongsi satu lagu daripada group  kesayangan saya dan kegilaan saya, INFINITE ! tajuk lagu ni ONLY TEARS. banyak maksud tau lagu ni. so sekarang saya just nak translate lagu tu. bukan saya yang translate, translator yang tolong translate. saya just upload youtube ja. hehe.


Wednesday, 23 May 2012

taskaku duniaku ^^


cececey title post saya kali mcm over je kan. haha tapi memang betul pun. most of my time, saya habiskan kat taska. saya pergi kerja pukul 7.20 pagi then balik pukul 5.30 ptg. malam tu mesti penat. then tido jer. xde buat kerja lain dah. so kebanyakan masa saya dihabiskan dekat taska. ouh ya. gambar ni sebenarnya dah lama. ramai dah takde kat taska. yang kecik kecik je tinggal sekarang. sekarang saya nak citer pasal taska saya. Kak Da as the owner of the nursery, yg tawarkan saya kerja kat taska ni selepas tengok cara saya kerja dulu. sekarang ni ada tujuh orang pekerja termasuk saya. Pah sebagai orang kanan Kak Da sebab dia pekerja paling lama. Kak Lina, Kak Ma, Kak Ta, Na, Watie dan saya, Syakira Huda. hehe. budak budak pulak ada lebih kurang 34 orang. Mak haihh ramai sangat kan. tapi nasib ramai jugak pekerja, takde la penat sangat kan. budak budak yang paling rapat dengan saya, Ahmad Danish, Danish Muqri. semua rapat sebenarnya. dyorang manja dengan saya. tapi yang saya suka layan sebab pandai bercakap dua orang ni la.. yang asyik berkepit dengan saya memang ramai. yang abg Danish tu memang rapat dari dulu lagi. Danish kecik pulak saya suka usik sejak dia kecik lagi. haha. panggilan manja 'tok' sebab dia botak time kecik. rambut dia lambat betul nak tumbuh. sekarang pun tak lebat sangat. Kak Ta asyik kata Danish tok adik saya sebab dia owez tunggu saya kat pintu kalau saya pergi mengajar kat kelas. comel kan budak ni. Ulya pulak saya suka usik sebab mata dia bulat and ada lesung pipit dua dua belah. comel sangat. yang lain usik jugak. geletek ke ape ke tapi ramai sangat. penat nak tulis sape budak budak tu. kalu tulis pun bukan kenal kan. hehehe. dats all about my nursery. bajet nursery saya je. haha

boboiboy dan ben10 kat taska ^^


haaa. mesti ada orang tertanya tanya budak mana ni? tiba tiba ada je dalam blog saya ni. ntah budak mana ntah. saya pun tak kenal. haha. gurau je sayang. dia anak saya. haha. mengarut ja. haha. mata dia cantik kan? haha. nama budak ni Ahmad Danish. dia lah superhero saya kat taska. saya sangat bahagia kerja kat taska. maybe sebab ada budak ni. hehe. first time tengok dia perasaan ni biasa ja. tapi lama lama tengok budak kecik ni. tiba tiba jatuh sayang kat dia. korang nak tau? dia pernah jadi model DP facebook saya tau. hehe. mata dia sangat cantik. mulut dia. mak aihh petah bercakap. dia sangat sangat manja dengan saya. lupa nak bagitau, saya kerja kat taska balik. dia still ingat saya. sekarang saya nak dia kenal nama saya. kalau dulu, dia just panggil kakak. sekarang saya suruh dia panggil Kak Huda. saya nak dia ingat saya sampai bila bila. tapi dia still budak ntah dia ingat ntah tidak. hehe. dia manja dengan saya. tadi kami main sama sama. dia tidur atas riba saya. dia main main tudung saya. saya geletek kaki dia. semua tu buat kami makin rapat. tapi tadi saya usik dia, saya cakap saya nak bawak adik dia, Darwisy balik rumah saya, muka dia punya la ketaq. ketaq sebab takut saya betul betul nak buat balik adik dia. pastu dia cakap, dia nak bg Pak Long dia kat saya. Dia nak Pak Long dia beli pistol then tembak saya. Haha. Maybe Pak Long dia polis kot. hehe. tapi dia cakap jugak yang Pak Long dia single. gatai budak kecik ni. korang nak tau tak? bila dia tengok kapal terbang, dia mesti panggil Pak Nik, maybe Pak Nik dia pilot or pramugara. hehe. lucu la budak kecik tu. masa dia nak balik tadi, dia bawak beg dia and adik adik dia. saya cakap la tak nak salam kakak ke? dia pun pergi kat abah dia, pastu dia patah balik. terharu sangat. dia salam. cium tangan saya. saya ingat dia dah nak pergi. nak tau dia cakap apa? pas dia salam, dia cakap kakak nak cium. alahai. so sweet budak ni. saya pun bg pipi saya kat dia. dia cium pipi saya. manja kan budak ni. walaupun saya buat dia marah, tapi still nak cium saya. yang tak percaya, dia yang mintak cium bukan saya yang mintak. biasa budak budak lain, kita mintak baru dia cium. ni la special sal boboiboy ni. hehe. dia comel sangat. dia dengar cakap saya. Kak Da, tauke taska sendiri cakap Danish manja dengan saya. tapi sumpah saya tak berani manjakan sangat takut dia naik kepala. biasa la budak budak. manja manja pun ada batas. kalau dia ada buat salah, saya still marah dia macam budak lain. tapi Alhamdulillah perangai dia tak nakal macam budak budak lain. cuma manja sikit dengan saya. Kalau orang tanya saya nak anak yang mcm mana, saya akan jawab macam Danish tapi budak ni malas betul belajar. tapi kena pujuk elok elok. pandai tapi malas. saya akan buat dia jadi rajin. ini je citer sal boboiboy aka ben10 saya.
#Kak Huda sayang Danish sangat sangat. be a good boy ya anakku :D

budak kecik yang gila gila ^^



ada request from my sis. dia nak saya story mory pasal dia. hehe..awak, saya tengah citer pasal awak ni.. hehe. saya dah ada masa. baru balik kerja. penat tau awak. nama budak kecik ni Zahiratul Nadyah. dia orang Penang. ha? apa? macam mana saya kenal dia? oke oke. saya kenal dia melalui Mursyid. sebab Mursyid, saya kenal dengan dia. tapi perkenalan kami ni memang bermula dengan permusuhan. teruk kan. tak nak story kisah sedih yang penting sekarang hubungan kami dah oke. kami boleh berkawan. dah tak de musuh musuh. hehe. sebab satu panggilan, hubungan kami jadi rapat. dulu kami owez message mengalahkan orang bercouple. haha. lucu pulak. sekarang ni saya kerja,dia pun busy so tak message sangat. tapi kami tetap ber'whatsapp' dan ber'tweet' dengan dia. dia ni akan sambung pelajaran dia kat UIA. terer kan? hehe. Tahniah sis! belajar rajin rajin tau. tapi Kak Ira percaya Nadya. Nadya pandai so takde masalah punya. tapi saya agak terkilan sebab tak sempat jumpa dia sebelum dia pergi study. masa kat Penang dulu, saya sempat jumpa dua kali je dengan dia. kali kedua tu saya agak penat, so tak dapat layan dia baik baik. maaf ya dik. tapi Kak Ira happy sebab dapat keluar dengan Nadya dulu. Kak Ira nak Nadya tau yang Kak Ira sayang and akan support Nadya walau apapun berlaku. rindu nak gila gila dengan awak. ouh ya, Nina dapat intec sebelum fly pergi Jordan. kalau tak, mesti dapat uni sekali dengan awak. take care kat tempat orang :D

you're special to me ^^







hai semua. lama tak update blog kan.rasanya takde orang yang rindu blog ni sebab blog ni biasa biasa je.tengok tak gambar sape kat atas ni ha. hehe. nama budak ni Engku Enina. cehhh. Engku tu. bukan calang calang orang tau. hehe. makin comel budak ni sekarang. budak ni budak paling saya sayang kat TMS. hehe. perkenalan kami xsehebat orang lain. kami penuh salah faham. tapi benda lama tak perlu ungkit kan. yang penting sekarang kami rapat sangat sangat. tapi thanks to my debab la sebab dia, saya boleh kenal ngan Nina. Nina ni bukan makwe Mursyid pun tapi penah jadi 'gu lawe' Mursyid. haha. bila cakap pasal Nina dengan Mursyid mesti akan gelak sama sama. tadi baru jumpa Nina sebelum dia berangkat ke intec. dia akan belajar kat intec empat bulan then fly Jordan lima tahun. wow! terer kan dia. Alhamdulillah dia dapat yang dia impikan. dia nak sangat dentist. At last, Allah makbulkan juga doa dia. dia suci sangat sangat. budak polos. tak pernah bercinta. bagus kan. Nina, Kak Huda bangga sangat Nina. thanks sebab jadi sebahagian dari hidup Kak Huda. Kak Huda nak mintak maaf sebab pernah buat Nina terluka tapi Kak Huda tak maksudkan tu pun. Kak Huda tau Nina nak tengok Kak Huda bahagia sebab tu Nina tak berapa sokong keputusan Kak Huda kadang kadang. Thanks sebab ambil berat sal Kak Huda. Kak Huda takkan lupakan Nina. Walaupun Nina bukan adik kandung Kak Huda tapi Nina tetap adik Kak Huda. Well, i'm your sis, so please respect me :P banyak mengarut ni. Nina, Kak Huda nak Nina tau yang Kak Huda sayang Nina sangat. Alhamdulillah Kak Huda tak terkilan sebab dapat jumpa Nina sebelum Nina sambung belajar tapi Kak Huda tetap tunggu apa yang awak janjikan tu :P Hope Nina suka tudung tu. baru beli je tau,terus bagi kat Nina. Mujur Kak Huda ajak umi pergi terus rumah Nina. ada jugak jodoh kita kan. semoga hubungan kita kekal sampai bila bila. Alhamdulillah Allah bukak hati Nina untuk maafkan kesalahan Kak Huda dulu.
#ada gambar awak. maaf yer curi gambar dalam fb awak :D
#gambar nina terpaksa ditukar ats sebab tertentu :D

Saturday, 19 May 2012

my superwoman kat KMPP ^^


my superwoman :)
haaa! kali ni saya nak citer sal superwoman saya kat KMPP. bila saya ada masalah mesti saya citer kat budak ni. apapun berlaku mesti saya citer kat budak ni.sedih ke gembira ke mesti kat dia jer tempat saya mengadu. dia baik dengan saya. sumpah tak pernah terasa hati dengan dia walaupun saya pernah buat dia menangis. hehe. nama dia NURUL MUNIRAH BT AZMAN. Muni sayang, sori deh kalau buat mg nanges dulu. huhu. aloh nak buat ringan beban. lu nanges lepas blako :P hehe. actually,muni ni kawan saya since secondary school lagi. kami sekelas masa form four. hehe. tapi xrapat mana. tapi besh la usik dia. nama glamour dia Kak Eni. haha. melekat sampai sekarang. kesian muni. sumpah rindu kat muni sangat. time sedih,mesti dia ada untuk saya. nanges sama sama. dia ni manja sangat. semanja manja saya manja dia lagi. tapi saya suka dia ejek saya pasal mursyid. lucu gila. mesti telinga dia dah bernanah asyik dengar kisah cinta kami. kesian muni. maaf yer. awak je tempat saya nak citer kisah cinta kami. hehe. rindu la kat muni. teringat pulak time saya nanges sebab baang barang terlalu banyak nak buat balik besut. time tengah nanges boleh ketawa sebab budak ni la ha.. pastu ada pulak benda jadi. saya dah pecahkan gelas lembu kesayangan dia. kesian muni. nanti nak g cari kat kedai gelas sebijik cam tu. kalau tak jumpa, nak beli kat penang nanti bulan 8. hehe. takpe muni. ringan beban kan? hehe. rindu nak tido sekatil dengan muni. tapi saya yang conquer katil dia. dia duk study,saya duk tido. teruk betul perangai anak dara ni. hehe. dengan dia saya suka berkepit. tapi yang pelik,dia tak kisah saya berkepit dengan dia sedangkan orang lain hatta adik beradik dia pun tak pernah or jarang berkepit dengan dia. rasa macam special pulak saya ni. cewahhh~ hehe. muni! sayang kamu ketat ketat !
#nak tunjuk gambar superwoman ni^^

no one can replace your place in my heart bestie ^^




kali ni saya nak kenalkan my bestie. bestie since primary school lagi. terer kan kami. hehe. kami kenal masa darjah dua kat sekolah kebangsaan kampung raja. mula mula tak rapat tapi darjah tiga jadi rapat.  banyak sangat kenangan kami. lupa nak kenalkan nama bestie saya. hehe. apa la syakira huda ni. nama bestie saya, Nur Izyan Liyana dan Izyan Nadzirah. hehe. perasan tak? kawan saya semua ada izyan tapi nama saya takde izyan. Eyan penah gitau saya kan bagus kalau umi bagi nama saya Izyan jugak. semua nama Izyan. geng Izyan. haha. nama bukan boleh tukar kan. dengan yana,saya jadi bestie dia masa darjah 4. dengan eyan masa darjah 3 tapi sekejap je pas tukar kelas jadi tak rapat. masa darjah 5 saya sekelas balik dengan eyan tapi berpisah dengan yana. still hubungan kami masih rapat. masa darjah 6 kami sekelas balik sama macam darjah 3. hehe. amazing kan? ingat amazing race ke. haih. kami masih satu sekolah masa secondary school. hubungan kami kat secondary school buat hubungan kami makin erat walaupun banyak jugak dugaan. biasa la sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pulak kawan kawan. maaf ea tukar sikit peribahasa ni. hehe. masa form one saya xsekelas dengan yana dan eyan. kami sama sama tak sekelas. masa form two,yana dan eyan sekelas tapi saya kelas lain. masa form three, saya sekelas dengan eyan tapi yana kelas lain. masa form four,sekali lagi kami bertiga tak sekelas. masa form five,saya sekelas dengan yana. see? cam adil kan Allah aturkan persahabatan kami? sama sama adil kan? hehe. Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi, macam mana pun kami bertiga pernah sekelas masa darjah enam. masa sekolah menengah,kami berpeluang sekelas tapi berpasangan. masing masing pernah rasa sekelas dengan saya. tau macam mana perangai saya bila sekelas. rindu sangat kat bestie saya ni. lama dah tak jumpa. kalau tak de aral, kami akan berjumpa tak lama lagi. nak snap gambar banyak banyak sebab saya dah takde latest pic dyorang. mesti makin cantik semua. hehe. nanti jadi jejak kasih la :P
#saya nak tunjuk gambar bestie saya masa form 5 kot. lupa la

my super happening family ^^


dari kiri atas : umi.kak hani.saya
dari kiri bawah : nani.adik ya

abang li

lutfi

kak hani,abah dan saya
sekarang tiba masa saya nak story pasal family saya. sebenarnya memang dah ada niat nak buat entry pasal family tapi tak terbuat lagi.bila baca komen kakak dalam facebook, hati ni tergerak nak percepatkan entry ni. kakak request entry pasal dia. hehehe. saya buat pasal keluarga yer kak. famili saya agak besar jugak. 8 ahli keluarga. abah,umi,abang,kakak,saya,adik lelaki,adik perempuan dan adik bongsu. kebanyakan kawan kawan saya tak tau saya ada sorang abang. saya biasa cerita pasal kakak dan adik adik yang lain. nanti saya post gambar abah,abang dan adik lelaki tapi berasingan dengan adik beradik perempuan dan umi. superman saya merangkap abah, nama dia Zainal Abidin bin Sulong. superwoman saya merangkap umi, nama dia Noor Mizan bt Salim. hero hero saya ada dua je.sorang yang sulung dan sorang yang keempat,nama dyorang Mohd Zulfadhli dan Muhammad Lutfi. heroin saya ada ramai sangat. empat orang.agak agak penat nak buat kenduri kawen nanti. hehe. takpe. mesti meriah. heroin sulung saya nama dia Hani Nabilah.heroin yang tengah Najwa Hanani. heroin yang bongsu dan manja Ilya Adibah. nama keluarga saya semuanya tak sama sama dengan rupa jugak. muka kami tak sama tapi bila jalan sama sama orang dapat tau kami adik beradik mungkin ikatan kekeluargaan erat kot. acecece.. hehe. saya nak bagitahu yang saya sayang keluarga saya sangat sangat.walau apapun air dicincang tidak akan putus. hehe.peribahasa yang saya belajar since sekolah rendah. boleh la guna dalam blog ni la yer. hehe.start merapu dah saya ni. ni je las setakat ni sal famili saya.lau ada apa apa saya kan post yang latest punya yer.
#saya nak tunjuk gambar famili saya walaupun ada yang berasingan.

lovey dovey roomates


berdiri dari kiri : iffat, kak fiza
duduk dari kiri : saya, mira
sekarang saya nak story pasal roomate saya.hehehe..rasa nak gelak bila cakap pasal roomate.terlalu banyak kenangan dengan roomate saya.lupa nak cakap ni kisah saya dan roomate saya kat matrik pulau pinang.hehe.dalam sebilik ada empat orang.sekarang saya sebut nama ikut umur yer.hehe.baru adil.the only oldest sis is kak fiza.then saya,asmira dan the only youngest is iffat.kami ibarat adik beradik.bergurau senda.mula mula masuk tu memang la segan tapi lama lama dah oke.nasib saya ni pun jenis bermulut becok so boleh la nak masuk dengan dyorang ni.wahai roomates kesayanganku,baca la post ni sebab ada kisah anda.ayat tak boleh blah je saya ni kan.kalau roomates baca mesti dyorang boleh bayang mimik muka dan gaya saya ni.korang ingat tak kalau kita stress mesti kita akan amek angin sama sama.kita keluar dari bilik,pergi round KMPP.kita tawaf satu KMPP.kuat kita kan.haha.pastu makan aiskrim sama sama.tiap tiap malam mesti kita akan story mory sama.bergossip kadang kadang.haha.pastu mesti kita akan ajuk iklan kat tv.macam macam lagu iklan kita nyanyi kan.bila takut,kita tido ramai ramai kat bawah.so sweet.alahai.lemah jantung i.haha.gediknye saya.tak suka?tak payah baca post ni oke.hehe.gurau jer..last,kita bertukar kad perpisahan.sedih jugak bila baca.amacam kad yang saya bg ada buat hati tu cair tak?haha.rindunya kat awak awak semua.tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan.kita terpaksa berpisah bila tiba masanya.kita dah berpisah.hari last,rasa nak nangis sangat sangat.tak pasti kalau masuk universiti nanti dapat roomate yang sekepala macam roomate kat matrik ke tak.oke.mmg la kita tak sekepala.bukan kembar siam pun tapi fikiran kita yang meloncat loncat tu sama.apa daa..hehe.setakat ni je kot nak story pasal roomate.saya nak cakap saya sayang roomates saya sangat sangat.thanks sebab ajar saya erti persahabatan,kehidupan.thanks sebab always bagi nasihat kat saya walaupun kadang kadang saya ni keras kepala.btw,thanks sahabat :) 
#saya nak post gambar KAMI :)








Friday, 18 May 2012

my super lovely sweetheart ^^

my new blog :)

hai semua..this is my new blog..saya ni tak pandai sangat nak berblog-ing so harap korang tak kisah kalau blog saya ni tak selawa blog orang lain..first and foremost,saya nak kenalkan diri saya dulu..nama saya Syakira Huda binti Zainal Abidin..kawan kawan panggil saya syakira,huda,sya,ira..macam macam nama saya dapat derive daripada nama Syakira Huda ni..hehehe..macam buat formula math la pulak derive derive ni..hehe..saya anak ketiga daripada enam beradik..dua lelaki dan empat perempuan..saya asal dari terengganu..well terengganu terkenal dengan pantai yang indah dan saya sangat suka pantai..sekarang umur saya 19 tahun..tahun depan dah 20 tahun..alahai..dah tua rupanya saya ni..jangan bajet muda ye syakira..hehehe..saya tak tahu apa lagi nak describe pasal diri saya ni..setakat ni cukup kot..selamat bertandang ke blog saya.terima kasih,datang lagi :)